Skip to main content

Sukan Lain

Nur Alyssa Farid buru pengalaman berharga di pentas elit berbasikal trek

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-alyssa.jpg
Pelumba yang akan membuat penampilan pertama, Nur Alyssa Farid, melihat penampilan dalam Kejohanan Piala Negara-Negara UCI sebagai peluang terbaik untuk mengukur tahap persaingan yang bakal dihadapinya berbanding pengalaman sebelum ini dalam Siri Berbasikal Trek YSD.

Selepas beraksi cemerlang dalam Siri YSD, Alyssa sedar cabaran lebih besar menantinya, terutama daripada pelumba elit Eropah yang berada di tahap tertinggi sukan itu.

"Saya mahu menimba lebih banyak pengalaman kerana saya kini berada dalam kategori elit. 

"Jadi, saya perlu membiasakan diri dengan corak perlumbaan mereka yang jauh lebih kompetitif dan berada di tahap tertinggi," katanya.

Bagaimanapun, di sebalik harapan tinggi yang mengiringi kemunculannya, Pengarah Teknikal Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), John Beasley, mengambil pendekatan berhati-hati dan enggan memberi tekanan atau meletakkan sasaran tinggi ke atas pelumba berusia 19 tahun itu.

Menurutnya, penyertaan Alyssa di peringkat antarabangsa adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang bagi melahirkan lebih ramai pelumba wanita berbakat yang mampu bersaing di pentas dunia.

"Ini adalah tahun pertamanya, jadi kami mahu dia memahami bagaimana pelumba elit dunia beraksi. 

"Fokus utama adalah memberi pendedahan dan pengalaman yang akan membantu perkembangannya dalam beberapa tahun akan datang. 

"Kami tidak meletakkan sebarang sasaran tetapi jika dia berjaya melangkah ke pusingan pertama acara pecut, itu sudah satu pencapaian yang baik. 

"Selepas itu, kami akan menilai prestasinya dalam acara keirin dan melihat sejauh mana dia boleh pergi," kata Beasley.
 

Advertisement

Must Watch Video