Skip to main content

Sukan Lain

NSL: Perak bakal dibarisi pemain muda

nsl.jpg
Perak Phoenix bakal tampil pemain muda dalam saingan Liga Super Bola Jaring (NSL) yang rata-ratanya pemain Sukan Malaysia (Sukma) berumur bawah 21 tahun.

Kapten Perak, Khairunnisa Nazri, yang turut membantu Malaysia meraih pingat emas dalam Sukan SEA Filipina berkongsi kepada wartawan Fariha Razak bahawa pengalamannya bersama pasukan kebangsaan bakal membantu rakan sepasukan dalam latihan persiapan mereka.

"Keserasian serta beberapa lagi aspek perlu dipertingkatkan lagi bagi membuat persiapan bagi saingan yang bakal bermula tidak lama lagi," kata Khairunnisa.

"Berbekalkan pengalaman saya, saya akan cuba membantu pasukan menghadapi NSL musim ini."

Sementara itu, jurulatih Perak, Almastara Mohd Hasim tidak mahu anak buahnya menghiraukan pasukan yang bakal ditemui menjelang undian yang bakal berlangsung 11 Mac ini.

Tidak mahu meletak tanggungjawab hanya dibahu ketua pasukan, dia juga menegaskan bahawa setiap individu harus memainkan peranan sama rata kerana kerjasama pasukan penting untuk memenangi sesuatu perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video