Hubungan akrab sesama rakan sepasukan menjadi tunjang kejayaan KL Wildcats bergelar juara Netball Super League (NSL) musim ini.
Pasukan kendalian Norizan Rajab itu tidak pernah kalah sepanjang kempen berkenaan sebelum menewaskan Johor Jewels 58-47 dalam aksi final hujung minggu lalu.
Jika dilihat sekali imbas, langsung tidak kelihatan sebarang jurang umur dalam pasukan itu tetapi Wildcats sebenarnya hanya dibarisi tiga pemain senior dan selebihnya merupakan pemain pelapis.
Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, pertahanan Wildcats, Nur Fatin Hadirah Abdul Hamid, mengakui betapa ahli pasukannya mempunyai hubungan yang amat akrab dan pemain remaja seperti dirinya pasti akan merindui pemain senior mereka selepas NSL musim ini.
Ditanya momen yang tidak akan dilupakannya dalam NSL, Nur Fatin Hadirah berkata: "Bagi saya, ia momen bersama pasukan ini kerana pemain remaja seperti kami amat rapat dengan tiga pemain senior lain.
"Kami banyak mendapatkan ilmu, termasuk daripada Kak Syafaz (ketua pasukan dan pemenang Anugerah Pertahanan terbaik, Nur Syafazliyana Ali) sendiri.
"Mereka banyak memberikan nasihat buat kami dan ia membuatkan hubungan kami semakin akrab untuk bermain bersama dan menginspirasikan saya untuk pergi lebih jauh."
Penyerang, Nordiyanah Noorsabadinee, menambah: "Sudah pasti mereka akan dirindui kerana mereka (pemain senior) amat memberikan inspirasi.
"Kami sudah terbiasa dengan pasukan remaja, jadi apabila ada kemasukan pemain senior, kebiasaannya akan ada jurang tetapi dengan adanya pemain senior seperti Syafaz, Nora (Noramirah Dayana Noor Azhar) dan Adha (Nurul Adha Abu Bakar), kami menjadi seperti satu keluarga.
"Kami dapat menjadi akrab bersama dan mereka banyak memberikan sokongan moral," katanya.