NSL
NSL: Kesetiaan An Najwa terhadap Johor Jewels tidak berbelah bahagi
Juara bertahan, Johor Jewels, tidak sabar ingin memulakan langkah dalam Netball Super League (NSL) bagi merebut kejuaraan berganda musim ini selain bersedia menghadapi tentangan pasukan lain seperti Kuala Lumpur Wildcats, Selangor Angels mahupun Putrajaya Dynamites.
Berbaki satu hari lagi sebelum kejohanan bermula, hari ini merupakan kali pertama seluruh pasukan berkumpul, namun ia bukan penghalang kepada persiapan untuk mempamerkan aksi terpuji.
Pemain kebangsaan, An Najwa Azizan, mahu mengulangi pencapaian tahun lalu selain tekad memburu kejayaan bersama rakan sepasukan, malah tidak ingin melakukan kesilapan.
Iklan
Atlet sensari bola jaring itu menegaskan ia bukanlah tanggungjawab individu, sebaliknya memerlukan ke semua 12 pemain untuk melaksanakan perancangan dan mengatasi segala tekanan.
Dalam masa sama, An menganggap pengajuran NSL sangat berpotensi tinggi apabilla bangga melihat Malaysia menjadi destinasi pemain import yang menyertai NSL.
Ketika ditanya mengenai perpindahan pemain, An mengungkap kesetiaannya bersama Johor Jewels, lebih-lebih lagi terhadap ketua jurulatih, Tracey Robinson.
"Saya kekal dalam pasukan ini adalah kerana jurulatih sendiri. Kami sudah bekerjasama selama hampir 10 tahun.
"Dinamik yang dimiliki sangat berbeza. Berada dalam Johor Jewels membuatkan saya tertarik untuk bermain bersama," katanya dalam segmen tetamu jemputan Nadi Arena.
Tracey juga percaya edisi kali ini akan menjadi perjuangan bermakna buat anak buahnya.
"Kami akan menjadi lebih baik berbanding musim lalu. Sudah tentu, ia akan menjadi lebih mencabar, tetapi saya mempercayai anak buat untuk melakar kejayaan," katanya.
Tonton penuh temu bual Nadi Arena bersama Johor Jewels menerusi Youtube Astro Arena.
Must-Watch Video