Jurulatih Terengganu Marvels, Siti Nor Farhana Mustafa, berkata latihan pasukan berjalan lancar selepas ketibaan dua pemain antarabangsa yang diterima baik oleh semua pemain menjelang Netball Super League (NSL).
Fokus kini adalah memperbaiki komunikasi dan membentuk kombinasi antara pemain tempatan dan antarabangsa.
“Kedua-dua pemain ini pernah mewakili negara masing-masing dalam Kejohanan Dunia, dan salah seorang daripadanya pernah menjalani latihan di Australia,” jelasnya.
Pemain Goal Shooter (GS) Terengganu Marvels, Reama Verekauta, menyatakan bahawa maklumat dan strategi telah dikongsi dengan baik dalam pasukan.
“Kami berharap dapat menunjukkan prestasi terbaik dan mencapai potensi tertinggi kami,” katanya menjelang kejohanan di Stadium Juara, Bukit Kiara itu bulan depan
Sementara itu, pemain Goal Defense (GD), Matila Vocea, pula berkongsi bahawa pengalamannya di Australia membantunya memahami gaya permainan yang lebih pantas dan lincah.
Sasaran peribadi Matila adalah untuk memenangi pertandingan dan memastikan tembakan tepat, serta sentiasa bersedia menerima hantaran untuk memudahkan memasukkan bola ke dalam gol.
“Kami boleh membawa gaya permainan yang berbeza dengan kemahiran yang lebih pelbagai,” ujarnya.