NSL
NSL 2023: Terengganu mangsa terbaru Johor Jewels
Johor Jewels mengekalkan rentak cemerlang apabila melakar satu lagi kemenangan ke atas Terengganu Marvels dalam aksi Netball Super League.
Bertemu Terengganu, yang buru kemenangan ketiga, cukup baik awal perlawanan apabila mendahului 7-4.
Bagaimanapun, An Najwa Azizan dan rakan sepasukan tidak sesekali membenarkan mereka ketinggalan jauh, terus mengejar dan mengikat kedudukan 13-13.
Iklan
Terengganu terus memberikan tentangan sengit, tetapi selepas 18 mata Johor lebih tajam didepan jaring hingga berjaya mendahului enam mata.
Suku ketiga, anak buah Tracey rRobinson terus meningkatkan asakan kepada Terengganu, apabila berjaya mendahului 46-33.
Corak permainan pantas Johor jelas masalah kepada Terengganu, dan tanpa menoleh kebelakang lagi, Johor menamatkan perlawanan dengan keputusan 57-40.
Sementara itu, saingan sengit antara KL Wildcats dan Perak Phoenix akhirnya berpihak kepada KL yang menang kali keempat musim ini.
Kejayaan mencatat keputusan 50-42 terhasil selepas Nassanga Shadiah dan Nursoleha Alieya Hizal berjaya menemui rentak untuk Wildcats di babak kedua, sekaligus membuka jurang lebih 10 mata kedua-dua pasukan.
30 turnover dari Perak turut tidak membantu skuad Phoenix dalam misi mencapai kemenangan dalam usaha memintas KL dalam saingan liga.
Must-Watch Video