Skip to main content

Bola Jaring

NSL 2023: Sukar untuk ramal pasukan mana akan ke final!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

putrajaya-dynamites.jpg

Kehangatan saingan Netball Super League 2023 (NSL 2023) yang kini sudah menghampiri puncak sainganya yang menyaksikan empat pasukan akan berentap bagi merebut slot final.

Johor Jewels akan berdepan dengan Perak Phoenix sementara Putrajaya Dynamites pula perlu mengatasi KL Wildcats.

Atas kertas, keempat-empat pasukan ini dilihat hampir mempunyai kekuatan yang setara walau mungkin mempunyai sedikit kelebihan tersendiri.

Oleh kerana demikian menurut pemain berpengalaman dari terengganu marvels, noramirah dayana dan siti aminah ahmad, agak sukar sebenarnya untuk meneka pasukan manakah yang 
akan lebih memiliki keupayaan untuk diramal ke pentas final.

"Keempat-empat mereka tidak dinafikan memiliki kelebihan masing-masinglah, namun berdasarkan pengalaman selepas bermain dengan diaorang untuk separuh akhir pertama saya lebih
memilih Johor manakala separuh akhir kedua tu 50-50 namun saya lebih memilih Putrajaya Dynamites!," jelas Siti Aminah.

Malah debaran saingan tersebut lebih dirasai selepas tiket separuh akhir yang terjual seakan 'goreng pisang panas' dikalangan peminat yang tidak mahu melepaskan peluang untuk 
turut sama menyaksikan sendiri empat pasukan tersebut berentap.

Jelas Noramirah yang ditemui Astro Arena pada Program Klinik NSL bersama pasukan Terengganu Marvels di Sekolah Kebangsaan Tentera Udara Diraja Malaysia Di subang pada Khamis pula menjelaskan, 
jika diteliti daripada kepakaran jurulatih empat pasukan tersebut memiliki kekuatan masing-masing selain pengalaman yang luas.

Justeru jelasnya ia terserah kepada pemain mereka nanti untuk menterjemahkan segala taktikal dan perancangan yang telah difikirkan oleh jurulatih mereka pada perlawanan separuh akhir nanti 

Advertisement

Must Watch Video