Pemain bola jaring versatil dari Uganda, Shaffie Nalwanja, mengakui serasi dengan pemain tempatan biarpun baru beberapa hari bersama pasukan KL Wildcats musim ini.
Jelasnya, keserasian yang dibentuk berjaya membawa pasukan menghuni ranking kedua setakat ini.
Manakala, pemain posisi Goal Attack KL Wildcats, Nursolieha Alieya Hizal, menganggap pertemuan bertemu Perak Phoenix Ahad ini merupakan perlawanan sukar.
Ditambah pula dengan dua import tinggi lampai yang dimiliki skuad seladang, kekuatan hampir sama -- namun acuan siapa bakal menjelmakan kemenangan berharga.
Untuk rekod, KL Wildcats kini menghuni kedudukan kedua manakala Perak Phoenix di tangga ketiga, masing-masing berkongsi enam mata, hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.