NSL
NSL 2023: Putrajaya Dynamites tekad cipta kejutan
Menjelang saingan Netball Super League (NSL) yang akan membuka tirai dua minggu lagi, pendatang baru, Putrajaya Dynamites, yakin dapat memberikan kejutan dalam edisi kali ini.
Menghimpunkan beberapa pemain berpengalaman, seperti Nur Amisya Khairuddin, Karishma Loganathan dan Nurshamilia Md Samsudin, yang kini menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan pasti akan memberikan cabaran sengit kepada tujuh pasukan lain yang akan bertempur bermula 13 Oktober.
"Kami sebelum beraksi dalam pasukan berbeza sebelum ini, jadi pengalaman setiap pemain digunakan untuk menghasilkan corak permainan yang berkualiti buat pasukan Putrajaya," kata Nurshamilia menerusi Nadi Arena.
Iklan
Ditemui di majlis pengenalan menu makanan sihat beras primera, Pengarah Urusan Nomatech Sdn Berhad, Prof Dr Wickneswari Ratnam berkata jumlah tajaan bernilai RM35,000 dan juga tajaan makanan akan disalurkan kepada para pemain Putrajaya Dynamites sepanjang musim ini.
Menurutnya lagi, pemilihan untuk menjadi penaja utama adalah untuk memastikan skuad ini sentiasa mendapat nutrisi secukupnya melalui beras perang yang akan menjadi makanan utama mereka.
Must-Watch Video