Skip to main content

Bola Jaring

NSL 2023: Ashwinii sertai Putrajaya Dynamites

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ashwini.jpg
Kehangatan pertaruhan Netball Super League (NSL) kini kian terasa selepas beberapa pasukan sudah pun mula mengadakan pemilihan terbuka bagi mengumpul atlet terbaik buat kelab mereka.

Tidak ketinggalan, bekas pemain Melaka Mystics, Ashwinii Kalitas turut hadir dalam sesi pemilihan buat pasukan Putrajaya Dynamites sambil berharap dirinya terpilih untuk membantu Putrajaya mencabar kejuaraan NSL musim ini.

"Kerana kekalahan yang dialami Melaka, saya meninggalkan pasukan dan mahu mencari pasukan baru untuk musim ini dengan menyertai pasukan Putrajaya," katanya.

Sementara itu, Putrajaya Dynamites juga berbesar hati melantik bekas ketua jurulatih skuad bola jaring kebangsaan, Puah Pei San sebagai jurulatih untuk membantu pasukan di penyertaan sulung mereka dalam edisi kali ini.

"Secara peribadi, saya mahu berusaha membawa pasukan Putrajaya ke tahap yang lebih tinggi sekaligus menjadikan saingan NSL lebih mencabar dan memiliki barisan pasukan yang bersaing merebut kejuaraan," kat Pei San.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video