Skip to main content

Bola Jaring

NSL 2021: Perak mudah tundukkan Kedah

perak-phoenix-vs-kedah-sunshine-13.jpg
Perak Phoenix memulakan saingan Netball Super League dengan langkah kanan apabila mengatasi Kedah Sunshine di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur sebentar tadi

Saingan NSL membuka tirai dengan perlawanan pertama antara Perak Phoenix dan Kedah Sunshine.

Perak yang mengetengahkan pemain veteran sudah pastinya mencuri perhatian.

Goal shooter Perak, Khairunnisa Nazri memainkan peranan penting dalam suku pertama dengan menyumbangkan mata buat pasukan, suatu ketikanya meletak Perak 9-3 di hadapan sebelum terus menguasai dengan keputusan 13-8 tamat aksi suku pertama.

Suku kedua menyaksikan situasi sama memihak Perak yang terus gah di sebalik kebangkitan Kedah menerusi kelebihan separuh masa pertama 26-14.

Dan masuk suku ketiga, aura positif Kedah yang diibaratkan seperti sang mentari ceria tidak mengalah sebaliknya memperkemas aksi untuk mengejar Perak dengan kelebihan 35-26.

Kedah terus mengejar dalam suku terakhir permainan namun semangat phoenix dimiliki Perak gagal diatasi kedah untuk aksi pembukaan nsl 2021 ini memihak Perak 47-38.

Keputusan lain:

Melaka Mystic 13 KL Wildcats 91

Selangor Angels 50 Johor Jewels 50

Advertisement

Must Watch Video