Skip to main content

Bola Jaring

NSL 2021: KL berpesta jaringan benam Perak

gry_0416.jpg

KL Wildcats sekali lagi mempamerkan dominasi dalam aksi kedua dengan giliaran Perak Phoenix menjadi mangsa belasahan dalam aksi kedua saingan Netball Super League 2021, di Stadium Juara, sebentar tadi.

Selepas mengatasi Melaka Mystic 91-13, KL membuktikan kemampuan mereka dalam perlawanan kedua ketika bertemu Perak.

Gerakan cemerlang dipamerkan KL dalam usaha mendapatkan jaringan cukup konsisten serta ditambah dengan balingan yang tepat memasuki jaring menyaksikan skuad kendalian Norizan Rajab mendahului 30-9 pada penghujung suku kedua.

KL tidak menghentikan aksi agresif mereka, keserasian antara pemain dalam melakukan hantaran untuk membawa ke dalam kotak D cukup berkualiti, sebelum menoktahkan kemenangan 71-29.

Keputusan lain:

PAHANG TULIPS 38 NEGERI SEMBILAN VENOMS 44

Advertisement

Must Watch Video