SUKAN LAIN
NRDP: KRM letak dua sasaran utama
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) meletakkan dua sasaran utama layak ke Sukan Olimpik 2028 dan Piala Dunia 2031 sebagai penanda aras untuk mengukur keberkesanan Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) yang ditubuhkan pada 2016.
Tempoh 11 tahun untuk layak ke Piala Dunia dianggap rasional selepas memasuki tahun ketiga pelaksanaan NRDP.
Sebagai rekod, Malaysia memburu kelayakan secara merit ke kejohanan itu sejak 1995 tetapi masih gagal sehingga ke hari ini.
Iklan
Dengan adanya NRDP, KRM berharap dapat menuai hasil dalam pusingan kelayakan Zon Asia pada 2029.
Selain itu, KRM juga mahu skuad 7's negara layak ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.
"Kami rasa 2031, 2028 juga adalah tahun yang munasabah untuk layak ke Sukan Olimpik," kata Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya, selepas majlis kolaborasi bersama Yayasan Sime Darby (YSD) sempena Karnival NRDP di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
"Lebih-lebih lagi selepas melihat Korea Selatan layak ke Sukan Olimpik 2020 dengan menggunakan pemain tempatan tahun lalu.
"Jadi, jika Korea boleh melakukannya, saya percaya kami juga mampu melakukannya
"Pelaksanaan NRDP ini adalah satu manifestasi ke arah visi dan misi tersebut.
"Jika kami tiada sasaran seperti itu, saya rasa tiada guna kami memiliki program sebesar ini," katanya.
Editor: Muzaffar Musa
Must-Watch Video