Skip to main content

Sukan Asia

Norliyana akur ke Indonesia tanpa aksi kompetitif

liyana-hepta.jpg
Atlet heptatlon negara, Norliyana Kamaruddin, menganggap persiapannya ke Sukan Asia 2018
kali ini tidak lengkap apabila langsung tidak menyertai sebarang kejohanan kompetitif di luar
negara.


Norliyana masih lagi belum tahu sejauh mana kemampuannya di peringkat Asia apabila tidak
menyertai sebarang kejohanan luar negara yang melibatkan acara heptatlon.

Dia hanya sempat beraksi di pentas Terbuka Vietnam bulan lalu tetapi hanya bersaing bagi
acara individu melibatkan lontar peluru, lompat tinggi dan lompat jauh sahaja.

Justeru, Norliyana masih bergelut untuk memastikan catatan mata tertinggi dapat diraih di
Indonesia nanti walaupun kurang menerima pendedahan dengan sekurang-kurangnya mampu
memecah rekod kebangsaan miliknya sendiri, 5,247 mata.

"Sebenarnya memang tidak cukup pendedahan, terutama untuk heptatlon. Saya cuba untuk bersaing dengan atlet luar tetapi tiada peluang. 

"Aksi di Vietnam, saya hanya dapat beraksi dalam tiga acara individu," katanya.

Atlet berusia 27 tahun itu kini lebih fokus kepada aspek larian yang dilihat masih lemah,
terutama bagi acara 100 meter lari berpagar dan 200m.

"Sekarang, latihan lebih kepada kelajuan kerana saya lemah bahagian itu. Ia dapat dilihat ketika Sukan SEA 2017," tambah Norliyana.

Advertisement

Must Watch Video