Skip to main content

Permotoran

Norizman meninggal dunia selepas terlibat kemalangan

norizman-ismail.jpg
Arena Cuba Prix Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelumba, Norizman Ismail, selepas terbabit dalam kemalangan.

Pelumba kelas perdana CP150, Norizman, terjatuh ketika sesi ujian masa di Kemaman, Terengganu, hari ini.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku ketika sesi ujian masa bagi kategori CP150 dalam Pusingan Ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2017.

Pelumba pasukan One XOX TKKR Racing ini dikatakan terbabas ketika sesi ujian sedang berlangsung dan terjatuh di selekoh pertama.

Dilaporkan, Norizman mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Bagaimanapun, usaha untuk menyelamatkan Norizman gagal dan dia menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.50 petang tadi.

Berikutan kemalangan maut yang menimpa Norizman, perlumbaan pusingan ketiga di Bandar Baru Kijal, Kemaman, dibatalkan.

Advertisement

Must Watch Video