Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Norismadi Abd Manap, kekal menerajui SAM untuk penggal kedua berturut-turut selepas menang tanpa bertanding untuk penggal 2024-2027.
Ketua Operasi Saluran Sukan RTM itu bakal dibantu Izahar Atan yang turut menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Lebih menarik, hampir 90 peratus Jawatankuasa Eksekutif SAM menang tanpa bertanding dengan kehadiran seorang muka baru sekali gus membuktikan sokongan dan kepercayaan ahli terhadap 41 aktiviti yang dijalankan pada penggal lalu.
"SAM akan memperhebatkan usaha memartabatkan wartawan sukan dan memperjuangkan hak ahli SAM. Malah, usaha pertama EXCO SAM yang baru dipilih ini ialah untuk membantu ahli yang bertugas pada Sukan Olimpik Paris mendapat bekalan yang mencukupi," kata Ismadi.
Seramai 12 ahli SAM akan bertugas di Olimpik Paris dengan kumpulan pertama dijadual berangkat pada 22 Julai depan.
SAM ditubuhkan pada 1969 dan didaftarkan pada 1984 dengan objektif utama memperjuangkan hak wartawan sukan di Malaysia.
SENARAI EXCO SAM 2024-2027
Presiden: Norismadi Abd Manap (RTM)
Timbalan Presiden: Izahar Atan (Cakap Sukan)
Naib Presiden:
• Hafizal Hamad (Astro Arena)
• Hazreen Mubarak (TV3)
Setiausaha Agung: Bazly Azmi (Astro Arena)
Bendahari: Azhari Mohd Yusof (Sport Images Malaysia)
Exco:
• Rozaidi Zulkifli (Utusan Malaysia)
• Zuriati Zulmi (Bernama)
• Ku Mohd Lufti Ku Yahya (Media 247)
• A Tinaletchumi (RTM)
• Firdaus Hashim (Harian Metro)