Skip to main content

Hoki

Noraini berlatih 300 pukulan sehari

noraini.jpg
Jurulatih skuad hoki wanita negara, Mohamad Dhaarma Raj Abdullah, menerapkan teknik 'drag flick' buat pakar pukulan sudut penalti, Noraini Abdul Rashid yang menjadi kegemaran bekas pemain hoki negara, S. Kuhan, suatu masa dahulu.

Teknik ini jarang digunakan mana-mana pasukan hoki ketika ini.

Bagaimanapun, Dhaarma melihat gerakan ini mampu mengelirukan penghadang pertama dan penjaga gol lawan, sekaligus bakal menjadi senjata rahsia Malaysia dalam kelayakan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium nanti.

Dhaarma memberi jaminan, teknik ini tidak digunakan oleh mana-mana pemain wanita di dunia dan jika Noraini cepat memperhalusi teknik tersebut, ia mampu menyumbang kelebihan buat Malaysia. 

"Kalau katakan Noraini dapat mahir teknik ini, dia akan menjadi pemain hoki wanita pertama di dunia yang mampu melakukan teknik ini," jelasnya.

Teknik yang asalnya sering digunakan Kuhan ini telah diturunkan kepada jurulatih 'drag flicker'  -- yang juga merupakan pemain kelab Maybank -- Mohd Zulhairi Hashim.

Kini menjadi tugasan Zulhairi memastikan Noraini bersedia.

"Kalau 'standard flicker' ,dia akan terus membuat percubaan ke arah gol. Tetapi teknik ini penting bagi mengubah haluan bola daripada penghadang pertama pasukan lawan. Ini kerana kebanyakan penjaga gol lawan mengharapkan penghadang pertama," jelas Zulhairi.

Dalam tempoh dua bulan, Noraini ternyata semakin selesa dengan teknik baru tersebut.

Noraini menjalani latihan 'drag flick' ini setiap hari daripada 250 hingga 300 pukulan sehari, setiap pagi.

"Alhamdulilah saya dapat mempelajari dengan cepat teknik ini, Insya-Allah saya tidak berdepan sebarang masalah," ujar Noraini.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video