Skip to main content

Hoki

Noor Amarina kesal gagal bawa Malaysia ke Piala Dunia

25617nooramarina.jpg
Siti Noor Amarina Ruhani kecewa impian untuk melangkah ke Piala Dunia 2018 yang di tunggu-tunggu sejak 13 tahun lalu hampir gagal walaupun hakikatnya Malaysia masih memiliki baki perlawanan bertemu New Zealand, Selasa ini.

Hasrat besar negara untuk menumpaskan Belgium semalam, sebaliknya menjadi sumpahan terbesar apabila Malaysia tumpas 9-0.

Kecewa dan hampa gagal disembunyikan Noor Amarina betapa dia terlalu mahukan kemenangan demi mengecapi peluang beraksi dalam Piala Dunia buat pertama kali yang akan berlangsung tahun depan.

Ternyata impian itu hampir tidak terlaksana ketika mereka menyasarkan Belgium sebagai mangsa, namun sebaliknya pasukan tuan rumah itu terlalu hebat untuk dinafikan kemenangan mereka.

Kekalahan ketika umat Islam meraikan hari kemenangan, iaitu Hari Raya Aidilfitri, membuatkan Noor Amarina lebih tersentuh, apatah lagi pengorbanan beraya di perantauan nampaknya tidak membawa pulangan yang besar buat pasukan negara.

"Saya agak sedih dengan keputusan ini tetapi kami memiliki dua lagi perlawanan untuk melakar kebangkitan," katanya.

Noor Amarina juga mengakui tekanan mencuri kemenangan ke atas Belgium yang terbeban di bahu mereka antara punca utama Belgium tangkas menghukum Malaysia di atas setiap kesilapan yang dilakukan.

"Ia di luar jangkaan kami, cara permainan Belgium menyaksikan mereka sangat bersedia menghadapi saingan kali ini."

Prestasi hambar skuad wanita negara setakat ini menyaksikan mereka tewas 3-0 kepada Australia, disusuli kekalahan 3-1 di tangan Sepanyol, dan kekalahan terbesar kepada Belgium, 9-0.

Advertisement

Must Watch Video