Skip to main content

Sukan Lain

Nixon nafi disisihkan

260517-nixon-kennedy.jpg
Nama Nixon Kennedy tidak tersenarai dalam program latihan di Filipina yang disertai enam pelari pecut negara, sekaligus menimbulkan persoalan mengenai tempatnya dalam Sukan SEA 2017, Ogos nanti.

Bagaimanapun, Nixon menafikan namanya tercicir daripada senarai, sebaliknya dia sendiri yang memilih untuk tidak menyertai program tersebut.

Bagi Nixon, berlatih di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil adalah yang terbaik buat dirinya selepas mengambil kira beberapa faktor seperti cuaca yang mungkin mengganggu persediaannya.

Nixon juga menambah Sukan SEA 2017 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur menjadikannya lebih selesa untuk menjalani latihan di tanah air.

“Saya diberitahu pada saat akhir bahawa nama saya tidak tersenarai tetapi itu bukan satu masalah buat saya.

“Saya tidak diketepikan, sebaliknya saya yang memilih untuk tidak ke Filipina,” katanya.

Nixon berjaya melakar rekod baru peribadi dalam acara 100 meter apabila mencatat 10.25 saat dalam Terbuka Pahang, bulan lalu.

Namun, catatan itu tidak diiktiraf atas sebab teknikal, menjadikan rekod terbaik Nixon adalah 10.45 saat.

Advertisement

Must Watch Video