Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan pelan membesarkan kawasan Velodrom Nasional dengan memindahkan sukan memanah, sepak takraw dan tinju ke Nilai, Negeri Sembilan di bawah kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).
"Kami mendapati di sebelah velodrom ini adalah kawasan yang sangat sesuai sebab ada tanah lapang.
"Saya telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan untuk MSN memajak tanah tersebut dan mengambil alih pengurusan Dewan Tertutup Nilai yang boleh digunakan untuk latihan bagi tinju dan sepak takraw.
"Kami juga akan membina asrama dan lapang sasar bagi acara sukan memanah di sini," katanya hari ini.
Pengumuman itu pasti melegakan atlet sukan memanah, sepak takraw dan tinju yang berlatih di MSN Keramat.
Nasib mereka tidak menentu apabila pihak pemaju mengambil alih tanah di MSN Keramat hingga menjejaskan fokus untuk Sukan SEA, 19-30 Ogos ini.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berunding mengenai isu tanah di Nilai dan projek pembinaan akan bermula dalam masa terdekat.
Terdahulu, Khairy menyaksikan majlis perasmian Velodrom Nasional yang disempurnakan legenda basikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, Rosman Alwi, M. Kumaresan, Josiah Ng dan Azizulhasni Awang.
Velodrom kelas satu dengan kapasiti 2,000 tempat duduk itu dijangka menjadi lubuk emas negara dalam Sukan SEA menerusi sasaran 13 pingat emas.
"Kami menjemput semua kelab, persatuan, peminat sukan berbasikal, termasuk penunggang amatur, untuk datang ke sini. Kami akan mengadakan hari trek terbuka di mana sesiapa pun boleh datang," jelas Khairy.