Nicol David menepati ramalan menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan selepas mengatasi pilihan kedua kejohanan, Rachel Arnold, dalam final di Pusat Skuasy Jalan Duta, hari ini.
Rachel bermula baik menentang pilihan utama kejohanan, Nicol, apabila mendahului set pertama 2-0, namun cepat diatasi Nicol untuk menang set pertama 11-4.
Skrip yang sama diulangi dalam set kedua apabila Rachel terlebih dahulu mendahului sebelum Nicol kembali mengejar pada pertengahan set untuk menang 11-7.
Nicol meneruskan rentak cemerlang dalam set ketiga dengan kemenangan 5-1, sekaligus merangkul kejuaraan buat kali keempat dalam kariernya.
Bekas pemain no.1 dunia itu ketika ditemubual Nadi Arena sempat menyampaikan beberapa kata-kata nasihat buat pemain muda negara.
"Setiap pemain muda perlu mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi yang terbaik. Mereka perlu ada sasaran tersendiri dan bukannya cuba meniru apa yang telah saya lakukan kerana itu tidak normal. Apa yang saya lakukan berbeza dengan atlet lain," katanya.
Dalam kategori lelaki, Ivan Yuen meraih gelaran kebangsaan pertamanya selepas menewaskan juara bertahan, Nafiizwan Adnan, 10-12, 11-3, 6-11, 12-10, 11-9.
Kemenangan Yuen menafikan peluang Nafiizwan untuk merangkul gelaran kebangsaan ketiganya.