Skip to main content

Sukan Lain

Nicol, Rachel buat perhitungan dalam final

nicol-david.jpg
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, kekal dalam pemburuan gelaran juara kebangsaan keempat buat dirinya apabila mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan selepas menundukkan lawan, Andrea Lee, di peringkat separuh akhir hari ini.

Sebelum kejohanan bermula, ramai pihak meramalkan Nicol tidak akan menghadapi banyak masalah untuk mara ke pentas akhir.

Namun, Andrea tidak menjanjikan laluan mudah buat Nicol apabila mencipta kejutan mengungguli set pertama 11-6.

Tiga set berikutnya, perlawanan tetap didominasi Nicol dengan melakar kemenangan 11-4, 11-4, 11-4, sekaligus menempah slot ke perlawanan akhir esok.

"Dia bermain dengan baik dan saya tidak pernah berdepannya sebelum ini. Bukan mudah berdepan lawan bertangan kidal tetapi saya nampak dia sudah meningkatkan permainannya," jelas Nicol.

Terdahulu, pemain plihan kedua, Rachel Arnold, juga menepati ramalan untuk melangkah ke final.

Bertemu lawan, Teh Min Jie, Rachel menggunakan segenap penjuru gelanggang untuk mengungguli lawannya dan akhirnya menang tiga set 11-8, 11-4, 11-9.

Ini merupakan perlawanan akhir pertama untuknya di pentas Kejohanan Skuasy Kebangsaan.

"Saya akan cuba bertahan dengan asakan Nicol sekurang-kurangnya melebihi 30 minit. Saya akan cuba mengekalkan permainan saya," kata Rachel.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video