Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David, menasihatkan wanita supaya mengembangkan bakat dengan melakukan apa yang mereka minat, termasuk dalam bidang sukan, kerana semangat yang tinggi adalah kunci utama terhadap sesuatu kejayaan.
Juara dunia lapan kali itu memberitahu Bernama Radio bahawa perkara paling penting adalah dengan melakukan sesuatu yang mereka sukai, sama ada dalam sukan atau seni tetapi mereka perlu mengetahui terlebih dahulu bakat masing-masing.
“Anda perlu mencuba sesuatu berbeza sebelum mendapati perkara itu sesuai dengan anda atau sebaliknya. Semangat menjadi elemen penting untuk mendorong anda pergi lebih jauh dalam sesuatu bidang itu, dan melalui kepayahan serta tidak terlalu memikirkan kesulitan, anda mampu mencapai matlamat itu.
“Jika mereka benar-benar minat dan bersemangat tentang sesuatu perkara itu, mempunyai bakat dan menunjukkan kemajuan, maka terus lakukan. Paling penting berusaha dan memberi yang terbaik,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu.
Nicol yang bakal bersara daripada arena skuasy kompetitif Jun depan, berkata tiada siapa boleh menghalang golongan wanita dalam mencapai matlamat masing-masing asalkan mereka melakukan yang terbaik.
Beliau berkata dalam mencapai cita-cita itu, sudah tentu mereka terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan perlu bersedia berdepan dengan kegagalan kerana keadaan itu akan menjadikan golongan wanita lebih berjaya.
“Bukan semuanya boleh dapat dengan mudah, perlu berusaha. Golongan wanita masa kini perlu sedar mereka juga mempunyai keupayaan. Mereka tahu apa hendak dicapai dan tahu kemampuan masing-masing,” katanya.
Mengulas mengenai perancangannya selepas bersara, Nicol berkata dia akan bekerjasama rapat dengan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) untuk meningkatkan kesedaran terhadap sukan berkenaan di peringkat global di samping memberi sokongan kepada atlet skuasy wanita profesional.
Beliau juga akan memberi tumpuan terhadap Yayasan Nicol David yang bertujuan memperkasakan golongan wanita melalui sukan serta meningkatkan mereka dalam pembelajaran dan kemahiran insaniah.
“Banyak perkara sedang dirancang, kebanyakannya bagi melengkapkan yayasan saya ini dan memperkasakan golongan wanita melalui sukan selain berkongsi pengalaman saya dalam sukan skuasy.
“Saya akan bekerjasama rapat dengan PSA bagi meningkatkan kejohanan jelajah profesional wanita dan membantu pemain wanita berkembang dan meraih pengiktirafan,” katanya.
-- BERNAMA