SUKAN LAIN
Ngannou rancang dua lagi pertarungan bagi tahun 2021
Francis Ngannou merancang dua perlawanan bakal dilakukan tahun ini dan sekali lagi mengesahkan keinginannya untuk bertemu Jon Jones, di mana masa depan bersama UFC masih tidak jelas.
Ngannou meraih gelaran heavyweight dengan penuh bergaya Ahad lalu, mengatasi Stipe Miocic dalam UFC 260 hasil menumbangkan lawannya dalam pusingan kedua.
Petinju MMA berusia 34 tahun itu menjelaskan dia bersedia dan sanggup berdepan Jones, lawan yang dianggap sebagai yang terbaik dalam MMA.
Iklan
Bekas juara light-heavyweight dua kali, Jones tidak berlawan hampir setahun ketika di tengah-tengah rundingan kontrak. Sama ada dia kembali atau tidak, Ngannou memahami bahawa dia sekarang berada dalam kedudukan yang tepat untuk melakukan keputusan.
"Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara Jon Jones dan UFC, tetapi saya rasa ada yang tidak kena, dan saya juga fikir dia memerlukan mungkin sedikit masa menanganinya," kata Ngannou.
"Dengar, itu bukan urusan saya. Terdapat banyak pesaing yang bersedia untuk bertarung. Buat pertama kalinya, saya adalah orang yang membuat keputusan.
"Saya tidak perlu duduk dan menunggu. Mereka menunggu saya, dan saya sudah bersedia.
"Saya boleh memilih untuk bertarung, dan saya mahu bertarung mungkin dua kali lagi tahun ini. Saya harap pertarungan [Jones] berlaku."
If it were up to you, who would #UFC heavyweight champion @francis_ngannou fight next? ?Let us know below! ⤵️ pic.twitter.com/G4n9TZVJfR— MMAFighting.com (@MMAFighting) March 28, 2021
Must-Watch Video