Pengarah Program Podium, Tim Newenham, menganggap Dr P. Vellapandian selaku ketua program itu ketika ini adalah antara yang paling layak untuk menggantikan posisinya selepas tugasnya berakhir secara rasmi, November depan.
Newenham, yang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan semalam, tidak menolak bahawa Dr Vellapandian merupakan individu yang mampu menggalas tugasnya jika dilihat kerjasama yang baik sebagai satu pasukan setakat ini.
Malah, Dr Vellapandian yang mula dilantik sebagai Ketua Program Podium, Mei lalu, juga pastinya sudah tahu hala tuju sebenar program itu demi memastikan keberkesanan dengan lebih jelas selepas prestasi hambar atlet dalam dua temasya besar tahun ini.
Bagaimanapun, semuanya akan terletak kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memutuskan siapa pengganti sesuai bagi memegang jawatan itu nanti.
"Dr Vellapandian dan saya telah bekerjasama dalam Program Podium. Saya akan melakukan susulan dengannya bagi meneruskan sebarang proses yang sedang berjalan," katanya.
Newenham juga tetap dengan pendirian bahawa peruntukan yang memakan sehingga puluhan jutaan ringgit untuk Program Podium selama ini adalah berbaloi dan bukannya satu pembaziran.
Baginya, tidak rugi melakukan pelaburan besar mengikut perkembangan semasa sekiranya peningkatan prestasi atlet yang diinginkan.
"Memang tidak bagus jika melihat wang yang telah dikeluarkan dengan kutipan pingat, sebaliknya ia melibatkan perkhidmatan yang membantu barisan atlet mendapatkan keputusan.
"Jika ia tidak dilakukan, mungkin perkembangan atlet akan terganggu tatkala negara-negara lain terus giat melakukan pelaburan besar daripada segi teknologi dan sains sukan.
"Malaysia bukan sahaja perlu meneruskannya tetapi harus melakukan segala usaha dengan lebih pantas," tambahnya.
Sementara itu, Dr Vellapandian pula berpandangan terbuka untuk menerima tugas yang diberikan sekiranya diletakkan kepercayaan oleh pengurusan tertinggi demi hala tuju terbaik Program Podium.
Menurutnya, beliau kini hanya ingin fokus kepada tanggungjawab sebagai ketua Program Podium terlebih dahulu tanpa perlu memikirkan pengganti Newenham kerana Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pastinya lebih tahu menilai individu yang layak untuk jawatan itu.
Apa yang lebih penting adalah fokus dalam mengembalikan kecemerlangan atlet berprestasi tinggi demi misi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Saya terima apa sahaja keputusan daripada pihak KBS. Sudah tentu menteri juga akan berbincang dengan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Sekiranya itu yang diamanahkan, saya akan memastikan bahawa tugas dijalankan dengan baik," ujarnya.