Keputusan Tim Newenham untuk meletak jawatan sebagai pengarah Program Podium bukan kerana beliau terkesan dengan desakan daripada pelbagai pihak, sebaliknya atas rasa tanggungjawab kepada prestasi hambar kontinjen negara dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.
Newenham menyedari pelbagai desakan diterima untuknya mengambil keputusan meletak jawatan dengan segera sejurus berakhir Sukan Asia, Ahad lalu.
Malah, desakan itu sebenarnya telah diterima sejak tamatnya Sukan Komanwel, April lalu, tetapi Newenham masih berasakan tugasnya belum selesai sehingga Sukan Asia ini.
Keputusan untuk melepaskan jawatan itu terus dibuat apabila kontinjen negara gagal berada dalam kelompok 10 negara terbaik dalam dua temasya penting itu.
"Malaysia gagal menamatkan saingan dalam kelompok 10 negara terbaik dalam Sukan Komanwel dan Sukan Asia. Jadi, saya bertanggungjawab di atas kegagalan tersebut," kata Newenham.
"Saya mengambil serius tugas saya dan saya mengambil tanggungjawab ini di atas kegagalan Program Podium. Saya sudah biasa dengan tekanan dan ia bukan faktor saya mengundurkan diri.
"Tugas kami adalah berusaha untuk menampilkan persembahan terbaik atlet dan saya bergembira dapat bekerjasama dengan jurulatih-jurulatih kebangsaan."
Newenham telah menghantar notis meletak jawatan selama dua bulan dan secara rasmi akan melepaskan tugasnya itu pada November ini.
"Program Podium merupakan tumpuan saya sejak dua tahun lalu. Saya masih berbaki dua bulan di sini dan saya akan kembali ke Britain untuk meluangkan masa bersama keluarga," katanya lagi.