Trae Young melakar kemenangan dramatik tatkala permainan berbaki kurang lima saat dalam kejayaan tuan rumah, Atlanta Hawks, membenam Miami Heat 111-110, dalam Perlawanan Siri NBA sebentar tadi.
Ia merupakan kemenangan sulung Hawks dalam Perlawanan Siri untuk kedudukan 1-2 dengan berbaki perlawanan keempat di Atlanta, seementara Kyle Lowry mungkin terlepas mewakili Heat berikutan ditimpa masalah hamstring.
Momentum perlawanan sentiasa bertukar tangan yang menyaksikan Atlanta mengumpul 39 mata dalam suku kedua untuk mendahului babak pertama 61-54 sebelum Heat bangkit dalam suku ketiga sekali gus menerajui permainan dengan lapan mata.
Miami terus melebarkan kelebihan mereka kepada 94-80 ketika suku keempat berbaki 9:06 minit sebelum Bogdan Bogdanovic dan Onyeka Okongwu kembali memberi tekanan kepada tuan rumah.
Bogdanovic menyumbangkan tiga mata berturut-turut dalam tempoh kurang tiga minit, manakala Okongwu yang memungut tujuh mata menggalas peranan besar ketika mengekang Bam Adebayo dan Jimmy Butler.
Tetapi selepas tiga mata daripada P.J. Tucker untuk meletakkan Heat mendahului 110-109 ketika permainan berbaki 54 saat, muncul seorang watak yang akhirnya memberi kata putus buat perjuangan Hawks.
Apabila Butler terlepas satu percubaan menuju sisa 12 saat permainan, Hawks kekal untuk tidak meminta 'time out' dan pendekatan itu memberi ruang buat Young meluru ke atas dengan pantas untuk wira Hawks itu memuktamadkan sumbangan 24 mata daripada 14 lontarannya selain mencipta sembilan bantuan jaringan.

Trae Young
— Atlanta Hawks (@ATLHawks) April 23, 2022
Ice Trae
Ballgame ? pic.twitter.com/6PwMQwFb0X