Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Seth bantu Nets tamatkan badi 11 perlawanan

seth-curry.png
Pemain baru, Seth Curry, menjaringkan 23 mata untuk membantu Brooklyn Nets menamatkan badi kekalahan dalam 11 perlawanan berturut-turut dengan menewaskan Sacramento Kings 109-85 hari ini.

Curry menghasilkan empat jaringan tiga mata yang disulami dengan tujuh rebound dan lima bantuan manakala seorang lagi pemain baru, Andre Drummond, turut menyumbangkan 11 mata pada ketika Ben Simmons masih belum dapat diturunkan.

Nets mendahului sejak dari awal tetapi di kejar 54-37 dalam separuh masa kedua, di mana LaMarcus Aldridge menghasilkan 19 mata dan lapan rebound selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Bruce Brown pula mencatatkan rekod peribadi terbaik semusim dengan 19 mata, enam bantuan dan lima pintasan untuk Nets meningkat kepada 30-27.

De'Andre Fox, dalam pada itu, muncul pemain terbaik Kings dengan 26 mata.
 
 

Advertisement

Must Watch Video