Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Giannis cedera pergelangan tangan, tinggalkan gelanggang dalam suku kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

giannis-antetokounmpo.jpg
Pemenang MVP dua kali, Giannis Antetokounmpo, terpaksa meninggalkan perlawanan di antara Milwaukee Bucks dengan Chicago Bulls hari ini dalam suku kedua gara-gara mengalami kecederaan pergelangan tangan.

Kecederaan itu berlaku ketika Antetokounmpo cuba berlari ke belakang untuk menghalang serangan pantas lawan, di mana dia merempuh tiang jaring.

Dia kemudian berasa kesakitan di pergelangan tangannya dan selepas menuju ke bilik persalinan, Bucks mengesahkan bahawa dia tidak dapat meneruskan permainan.

Antetokounmpo sebelum itu telah mendaftarkan dua mata, tujuh rebound dan tiga bantuan.

Bucks, dalam pada itu, berhasil mencatatkan kemenangan 112-100 ke atas Bulls untuk kini merekodkan (40-17) dan hanya ketinggalan di belakang Boston Celtics (42-17) dalam carta Sidang Timur.
 

Advertisement

Must Watch Video