Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Curry atasi rekod mata terbanyak Chamberlain

steph-curry.png
Steph Curry memecahkan rekod mata terbanyak dalam sejarah NBA milik Wilt Chamberlain apabila merekodkan pungutan lebih 50 mata buat kali kesembilan ketika Golden State Warriors menewaskan Denver Nuggets 116-107 sebentar tadi.

Curry menamatkan perlawanan itu dengan 53 mata buat Warriors dan mengatasi rekod terbanyak sepanjang zaman milik Chamberlain dengan meraih 19 mata dalam suku pertama.

Bagaimanapun, pemain berusia 33 tahun itu telah beraksi sebanyak 745 perlawanan buat Warriors manakala Chamberlain pula hanya bermain dalam 429 perlawanan.

Curry turut disiram dengan air sejuk oleh rakan sepasukannya, Kent Bazemore, sewaktu temu bual selepas perlawanan.

Calon MVP, Nikola Jogic, pula menghasilkan 27 mata dan 12 bantuan buat Nuggets.
 

Keputusan penuh:
New York Knicks 111-96 Los Angeles Lakers
Philadelphia 76ers 113-95 Dallas Mavericks
San Antonio Spurs 120-97 Orlando Magic
Washington Wizards 125-121 Utah Jazz
Memphis Grizzlies 101-90 Chicago Bulls
New Orleans Pelicans 117-110 Sacramento Kings
Golden State Warriors 116-107 Denver Nuggets 
Phoenix Suns 126-120 Houston Rockets
 

Advertisement

Must Watch Video