Skip to main content

Bola Keranjang

NBA: Brown pangku jurulatih sementara Warriors

steve-kerr-mike-brown.jpg
Ketua jurulatih Golden State Warriors, Steve Kerr, disahkan positif COVID-19 sekali gus terlepas perlawanan keempat Play-Off Siri NBA menentang Memphis Grizzlies, sebentar tadi. 

Sehubungan itu, penolong jurulatih, Mike Brown, akan menggalas tugas utama yang biasa dilakukannya.

Sepanjang kempen 2017, Brown menang 12-0 sebagai pemangku ketua jurulatih Warriors dalam play-off ketika Kerr diketepikan untuk tempoh yang panjang yang menyaksikan mereka akhirnya menamatkan musim itu dengan rekod 16-1.

Ia adalah detik menarik buat Brown yang diumumkan sebagai ketua jurulatih Sacramento Kings pada musim depan. 

Dia telah bersama Warriors sejak 2016 selepas cemerlang 10 tahun sebagai ketua jurulatih sebelum ini dengan memenangi lebih 61 peratus perlawanan ketika mengemudi Cleveland Cavaliers dan Los Angeles Lakers.
   
Dalam perlawanan yang berakhir di Chase Center sebentar tadi, Warriors mempamerkan kebangkitan biasa dalam suku keempat dan mengumpul 101 mata untuk mengatasi  Grizzlies dengan tiga mata, sekali gus melebarkan penguasaan siri itu kepada 3-1. 

Advertisement

Must Watch Video