Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Keranjang

NBA Akhir: Heat bangkit ikat kedudukan dengan Nuggets

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

heat-win-game-2-of-nba-finals_1lrpvd6o762ef1w0kx2jwyh5wh.jpg
Gabe Vincent menjaringkan 23 mata dan membantu mencetus kebangkitan di suku keempat buat Miami Heat untuk melakar kemenangan 111-108 ke atas Denver Nuggets dalam Permainan 2 NBA Akhir, mengikat siri kejuaraan kepada 1-1.

The Heat bangkit daripada ketinggalan lapan mata pada permulaan suku keempat untuk meleburkan rentetan tujuh kemenangan Nuggets dan memastikan Miami mengikat kedudukan. Permainan 3 bakal berlangsung pada Khamis.

Denver turut menerima kekalahan pertaman dalam 10 perlawanan di laman sendiri di sebalik aksi cemerlang ditampilkan daripada Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA, Nikola Jokić, yang meraih 41 mata dan meraih 11 rebound.

Jimmy Butler dan Bam Adebayo masing-masing meraih 21 mata buat The Heat, manakala Duncan Robinson menjaringkan 10 mata yang berharga pada pembukaan suku keempat.
 
 

Advertisement

Must Watch Video