Skip to main content

Sukan Lain

Nauraj, Hup Wei raih kelulusan KOM

hup-wei.jpg
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) meluluskan penyertaan jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh dan Lee Hup Wei, menyertai dua kejohanan di Australia bermula 13 Februari ini.

Selepas mengadakan perbincangan dengan barisan jurulatih kebangsaan, KOM membuat keputusan untuk menghantar dua atlet sahaja ke Australia.

Hanya jurulatih lompat tinggi negara, Alexander Gasparyan, yang bersetuju agar anak buahnya, Nauraj dan Hup Wei, beraksi dalam saingan di Canberra dan Sydney itu.

Situasi itu menyaksikan kem lompat tinggi menjadi wakil pertama daripada KOM menyertai kejohanan luar bagi tahun ini.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11.00 malam ini.




Editor: Nafis Abdullah

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found