Skip to main content

Sukan Lain

Nauraj, Hup Wei ditetapkan ketinggian 2.20m di Australia

nauraj-hup-wei-260817_1.jpeg
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menetapkan ketinggian 2.20 meter untuk jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh dan Lee Hup Wei, selepas terpilih menyertai dua kejohanan di Australia bermula minggu depan.

KOM hanya meluluskan dua atlet menyertai kejohanan luar negara pertama tahun ini selepas mendapat maklum balas barisan jurulatih negara.

Nauraj dan Hup Wei sudah sedia mencabar kerana mereka sepatutnya menyertai Kejohanan Dalam Dewan Asia di China minggu depan.

Kedua-dua atlet itu berpeluang melepasi had kelayakan Sukan Olimpik, 2.33m -- lebih tiga sentimeter berbanding rekod kebangsaan milik Nauraj.

"Nauraj dan Hup Wei telah terpilih untuk menghadapi saingan di Australia. Ini merupakan kejohanan antarbangsa pertama bagi tahun 2020 dan selepas pembatalan kejohanan dalam dewan," kata ketua jurulatih skuad olahraga negara, Manshahar Abd Jalil.

Barisan atlet lain boleh menyertai kejohanan tempatan pertama tahun ini, Perak All-Comers di Ipoh bermula 22 Februari ini.



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found