Skip to main content

Sukan Lain

Natasha tekad tamat kemarau kejuaraan

800x450_natasha-roslan.jpg
Kejohanan Boling Tenpin Wanita Dunia menjadi medan buat Natasha Roslan untuk menamatkan kemarau tanpa kejuaraan apabila melalui situasi sukar dalam mengekalkan tahap konsiten sejak awal musim ini.

Natasha mengakui selepas persiapan rapi yang telah dilakukan, dia sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan itu yang akan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat 22 Ogos ini.

Turun dengan status juara bertahan dalam acara berpasukan, dia mengakui semangat untuk beraksi bagi edisi ini lebih membuak-buak berbanding kali pertama menyertainya dua tahun lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu merupakan antara lima wakil negara yang berjaya menamatkan kemarau 10 tahun pingat emas dalam kejohanan tersebut, dua tahun lalu.

"Ini merupakan kejohanan yang penting bagi saya untuk memberikan yang terbaik bagi saingan berpasukan di Las Vegas nanti," katanya.

Pemenang pingat emas acara trio dalam Sukan SEA Kuala Lumpur dua tahun lalu itu sebelum ini berjaya merangkul tempat kedua dalam Kejohanan Boling Tenpin Kebangsaan 2019, sekali gus menjadi pencetus semangat buatnya untuk menghadapi Kejohanan Dunia.

"Saya dapat mempamerkan aksi yang konsisten sejak beberapa bulan lalu dan saya tidak sabar untuk bersaing di Las Vegas," ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video