Teka-teki berhubung penyertaan atlet petanque negara dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, 30 November hingga 11 Disember depan, dijangka diketahui dalam masa terdekat selepas Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) digantung oleh Persekutuan Petanque Antarabangsa (FIPJP).
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib, berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bersama PPM sebelum mengumumkan sama ada menghantar atlet menerusi MOM atau kaedah lain.
“Bagaimanapun, kami tetap akan menghantar mereka ke Sukan SEA,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma OCM.
Terdahulu, wakil PPM yang hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA hari ini, tidak dibenarkan menyertai mesyuarat tersebut tetapi diminta hadir dalam perjumpaan khas yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.
Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, dan bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Mazlan Ahmad, antara individu dalam jawatankuasa tersebut.
PPM dikatakan digantung oleh FIPJP kerana gagal mematuhi garis panduan antarabangsa, menghadapi masalah kewangan dan kekurangan penglibatan di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA