Pertahanan hoki negara, Mohd Najib Abu Hassan, menghidupkan semula peluang menyertai program latihan di Eropah, Julai depan, selepas pulih daripada kecederaan posterior cruciate ligament (PCL) yang memaksanya berehat selama lima bulan.
Selepas tempoh berkenaan, Najib kembali pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang dialami sebelum ini.
Yakin dengan kemampuannya serta berada di tahap terbaik, Najib optimis dia bakal menyertai skuad negara bagi menjalani program latihan di Eropah.
"Saya mahu kembali beraksi dalam kejohanan dan berjuang untuk mendapatkan slot untuk menyertai program latihan di Eropah," katanya.
"Saya yakin berada di tahap terbaik untuk kembali ke padang dan saya akan berusaha untuk menyertai skuad negara ke Eropah.
"Keutamaan akan diberikan kepada barisan pemain senior tetapi saya tetap akan memberikan komitmen yang terbaik sepanjang latihan."