Skip to main content

Sukan Lain

Nahas kemalangan empat buah kenderaan ragut nyawa bekas pemain bola sepak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nikola-accident-(1).jpg
Bekas pemain antarabangsa Croatia, Nikola Pokrivac meninggalkan dunia dengan penuh tragis pada usia 39 tahun.

Pokrivac meninggal dunia akibat kecederaannya berikutan kemalangan empat kenderaan di Karlovac Jumaat lalu, dengan seorang lelaki berusia 42 tahun turut terbunuh dalam kemalangan itu.

Dalam satu kenyataan, Presiden Persekutuan Bola Sepak Croatia, Marijan Kustics, mengucapkan takziah ketika mereka berduka atas kehilangan Pokrivac.

"Nikola adalah pemain bola sepak yang hebat, yang menjalani karier bola sepak sehingga saat terakhirnya di dunia ini," kata Kustics.

“Dia menunjukkan keberanian yang besar dalam hidup dengan mengatasi segala dugaan dan cabaran.

“Ini adalah satu kehilangan besar untuk komuniti bola sepak kami, dan juga buat keluarganya.

"Mustahil untuk mencari kata-kata buat masa ini, sukar untuk membayangkan seorang individu nyawa walaupun masih muda."

Pokrivac memulakan kerjayanya dengan NK Varteks sebelum dia menyertai gergasi Croatia, Dinamo Zagreb pada Januari 2007, di mana dia membantu kelab itu memenangi liga utama Croatia dua kali.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video