Skip to main content

Tenis

Nadal redakan isu masalah lututnya di Wimbledon

rafael-nadal-040717-jp.jpg
Rafael Nadal bersikap positif terhadap kesihatannya selepas mengungkit keadaan lututnya akan menentukan sejauh mana perjalanan kempennya dalam Grand Slam Wimbledon. 

Pemain Sepanyol itu melakar sejarah dengan meraih gelaran Terbuka Perancis buat kali ke-10, bulan lalu, namun pantas mengakui keadaan lututnya akan memainkan peranan besar terhadap peluangnya untuk merangkul dua kejuaraan utama berturut-turut. 

Nadal bergelut dengan masalah tendonitis lutut sejak 2012. 

Dalam penampilan pertamanya di atas gelanggang rumput musim ini, pemain nombor dua dunia itu menyingkirkan John Millman 6-1, 6-3, 6-2.

Bagaimanapun, dia enggan terlalu cepat berpuas hati dengan berkata: "Lutut saya sudah bersedia untuk pusingan kedua, itu sahaja. 

"Saya gembira dapat beraksi di Wimbledon dan berasa positif terhadap tahap kesihatan saya. Itu yang paling utama. 

"Saya selalu menjangkakan akan turun beraksi dengan baik dan memberikan yang terbaik. Semua semakin baik dan ada kalanya boleh menjadi buruk. 

"Ia sesuatu yang positif buat saya, permulaan yang baik. Namun, itu tidak membawa makna besar. 

"Pencapaian bermakna pada hari ini adalah permulaan positif. 

"Saya berasa gembira, ini kerana saya tidak memenangi banyak perlawanan di Wimbledon dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

"Saya bersedia untuk beraksi dalam perlawanan kedua."

Donald Young akan menanti Nadal dalam pusingan kedua nanti. 

 

Advertisement

Must Watch Video