Skip to main content

Advertisement

Tenis

Nadal 'Raja Tanah Liat' tetapi Thiem berpeluang -- Massu

dominicthiemcropped_1szbfzgsv0ri01bmoz9w8zgc8p.jpg
Dominic Thiem perlu menumbangkan 'Raja Tanah Liat' untuk menjuarai Terbuka Perancis tetapi jurulatihnya, Nicolas Massu, berpendapat anak didiknya itu tetap berpeluang menang.

Pemain Austria itu meraih kemenangan epik ke atas Novak Djokovic semalam setelah mencatat keputusan 6-2, 3-6, 7-5, 5-7, 7-5 dalam aksi yang terpaksa dijalankan selama dua hari akibat angin kencang dan hujan di Paris.

Setelah menafikan peluang pemain nombor satu dunia itu untuk menggondol kesemua kejuaraan grand slam tahun ini, Thiem kini berdepan satu lagi cabaran getir berdepan pemenang 11 kali Terbuka Perancis, Rafael Nadal, malam ini.

Massu sedar mengenai tugas berat itu tetapi menekankan harapan Thiem susulan tewas straight set di tangan lawan sama ketika final tahun lalu.

"Nadal muncul juara 11 kali di sini. Saya rasa dia pemain terbaik dalam sejarah di atas gelanggang tanah liat," katanya.

"Saya tidak tahu jika wujud pemain lain sepertinya. Kami menghormati Nadal kerana selain bakat yang terlalu istimewa, dia adalah seorang pemain hebat.

"Ia satu aksi yang sukar dipercayai oleh orang ramai dalam Terbuka Perancis. Final ini adalah mengenai dua pemain yang meraih keputusan luar biasa di atas gelanggang tanah liat.

"Thiem tahu jika dia mahu menang, dia perlu fokus dari awal sehingga hujung permainan.

"Ini merupakan salah satu kemenangan terbesar dalam kariernya. Separuh akhir berdepan pemain nombor satu dunia dan kini bagaimana dia akan menghadapi pemain terbaik dalam sejarah gelanggang tanah liat.

"Jadi, apabila anda tiba di tahap ini dalam kejohanan, ia disebabkan anda meraih pencapaian hebat.

"Saya rasa dia akan memberikan aksi terbaik dan saya fikir dia berpeluang.

"Namun, dia menentang pemain nombor satu dunia di gelanggang tanah liat dalam sejarah, itu benar. Kami akan cuba yang terbaik," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video