Bekas juara dunia, Rafael Nadal, melangkah ke peringkat suku akhir Internazionali BNL d'Italia selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat, Jack Sock.
Nadal menewaskan Sock 6-3, 6-4 di atas gelanggang tanah liat, sekaligus menyaksikan dominasi penuh pemain Sepanyol itu.
Selepas meraih kejuaraan di Monte Carlo, Barcelona dan Madrid, Nadal menjadi pilihan utama dalam kejohanan minggu ini.
Lawan yang bakal menanti Nadal di peringkat suku akhir adalah pemain yang ditewaskannya dalam final di Barcelona dan Madrid baru-baru ini, Dominic Thiem.
Jika Nadal melangkah ke separuh akhir, pastinya ujian getir menanti apabila apabila bakal bertemu pemenang perlawanan di antara juara 12 kali Grand Slam, Novak Djokovic, dan Juan Martin del Potro.
Ketika menentang Sock, Nadal mempamerkan aksi yang cukup kemas sambil disaksikan oleh Nick Kyrgios yang masih cedera.
Nadal berjaya mengekalkan konsistensi permainan, terutama menerusi pukulan silang sehingga mematikan setiap usaha daripada Sock.