Skip to main content

Tenis

Nadal juarai Terbuka Itali

rafael-nadal.jpg
Rafael Nadal melaungkan amaran menjelang saingan Terbuka Perancis selepas mengatasi pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, 6-0, 4-6, 6-1 untuk menjuarai Terbuka Itali, semalam.

Pemenang 11 gelaran di Roland Garros, Nadal, yang terpaksa berdepan saingan sukar di gelanggang tanah liat berdepan Djokovic, tewas dalam separuh akhir di Monte Carlo, Barcelona dan Madrid.

Djokovic, juara empat kali di Rome, telah memenangi tiga grand slam dan mendominasi Nadal dalam Terbuka Australia, Januari lalu.

Bagaimanapun, wakil Sepanyol itu bangkit di Itali untuk menjuarai gelaran pertama untuk 2019 dengan penuh berrgaya.

Nadal kini memiliki 34 gelaran Masters 1000 manakala Djokovic 33.

Ketika penyandang juara itu mudah ke final, Djokovic dipaksa berdepan beberapa siri pukulan deras daripada Nadal sebelum tewas tanpa memenangi sebarang permainan.

Walaupun bangkit dalam set kedua, Nadal membuktikan penguasaannya di gelanggang tanah liat selepas merakamkan kemenangan 6-1 dalam set penentuan.
 

Advertisement

Must Watch Video