Mutu pengadilan oleh pengadil luar negara dalam final Piala FA 2019 di antara Kedah dan Perak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak.
Rata-rata peminat bola sepak negara dan pegawai, termasuk netizen, berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh pengadil dari Jepun, Takuto Okabe, 38, serta dua penolongnya, Akane Yagi, 45, dan Osamu Nomura, 30.
Perkara itu turut diakui oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Md Dali Wahid.
“Kami berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga pengadil ini yang dibawa khas dari Jepun. Saya pun ada mendapat maklum balas baik mengenai prestasi mereka dan majoriti, termasuk pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berpuas hati dengan prestasi mereka.
“Secara peribadi, saya rasa beliau tenang, mempunyai karisma, tidak panik dan mempunyai prinsip pengadilan yang baik. Keputusan yang dibuat dan cara beliau menangani situasi sukar juga tidak membuat pemain marah.
“Ia menjadi cabaran dan contoh kepada pengadil kita (Malaysia) untuk mendapatkan sedikit ilmu mengenai apa yang ditunjukkan oleh pengadil ini.
"Saya tidak katakan pengadil kita tidak berkualiti tetapi kami sempat mempelajari atau berkongsi pengetahuan dengan cara beliau mengendalikan perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
FAM dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk menggunakan pengadil luar negara buat kali pertama dalam saingan domestik berikutan isu mutu pengadil tempatan, termasuk dalam final Piala Malaysia musim lalu di antara Terengganu dan Perak.
Dalam aksi malam tadi, Kedah menyamai rekod Selangor sebagai pasukan paling berjaya dalam saingan Piala FA selepas meraih gelaran kelima menerusi jaringan tunggal pemain gantian, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam, pada minit ke-105.
Okabe adalah pengadil utama saingan Liga J1 yang menjadi pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sejak tahun 2015 dengan pengalaman mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC dari 2016, Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 di Korea Selatan, Universiade 2017 di Taiwan serta Sukan Asia 2018 di Indonesia.
Md Dali turut menegaskan bahawa kancah negara juga mempunyai pengadil-pengadil yang berkualiti baik dan pengadil Malaysia sentiasa mendapat panggilan untuk mengendalikan perlawanan di peringkat Asia.
Sementara itu, beliau enggan mengulas sama ada khidmat pengadil import sekali lagi akan menjadi pilihan pihaknya untuk mengadili final Piala Malaysia 2019, dengan kempen musim ini bakal membuka tirai Jumaat ini.
“Kami ada seramai 22 pengadil dan penolong pengadil untuk saingan Piala Malaysia. Mereka baru sahaja menghadiri kursus pada minggu lalu untuk penambahbaikan prestasi mereka,” katanya.
-- BERNAMA