Skip to main content

Sukan Lain

Muthu sedia ambil tindakan undang-undang

sm-muthu.jpg
Susulan dakwaan kononnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tidak sah, presidennya, Datuk S. M. Muthu, meluahkan kecewaannya apabila tuduhan itu datang daripada individu yang bukan ahli gabungan badan induk olahraga berkenaan.

KOM mengadakan sidang media khas di Wisma MOM, hari ini bagi menjelaskan isu berkenaan.

Bagi Muthu, pemilihan itu telah mengikuti segala peraturan dan akan menghantar maklumat yang kena beri (MYKB) kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan dakwaan berkenaan.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video