Bekas pertahanan skuad kebangsaan, Muslim Ahmad, menampilkan semangat perwira apabila melakar kemenangan pertama dalam pertembungan Muay Thai semalam.

Pemain berusia 35 tahun itu yang juga bekas pemain Sri Pahang FC melakukan serangan 'lutut' ke arah lawan sebelum mendapatkan kemenangan 'TKO' di pusingan kedua dalam saingan yang berlangsung di Padang Serai, Kedah.

Perkembangan itu dikongsikan laman Facebook Kelantan MuayThai Channel yang memaparkan poster perlawanan T-Fight 2.8 antara Muslim Ahmad menentang Atingpe


Malah, laman Facebook rasmi T-Fight turut berkongsi video beliau tengah giat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi perlawanan itu.