Skip to main content

Sukan Lain

Musim cuti sekolah, nak bagi anak aktif?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daki.jpg
Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak, apabila musim cuti sekolah muncul tiba, soalan nombor satu yang berlegar-legar di dalam minda pastinya “nak bagi anak buat apa cuti ni?”

Menggalakkan anak terlibat dalam aktiviti fizikal ataupun outdoor adalah salah satu cara untuk mengurangkan screen time anak. Baru-baru ini, kami sekeluarga sempat ke salah sebuah taman tema di Petaling Jaya, Selangor.

Memang 'heaven' untuk kanak-kanak kerana pelbagai aktiviti disediakan seperti bubble futsal, ninja challenge tetapi paling menarik sekali - wall climbing!

Wah, boleh dijadikan foundation untuk anak menjinakkan diri dengan sukan dakian. Memandangkan anak saya belum cukup umur dan belum cukup ketinggian, dia tidak berkesempatan untuk mencuba sukan itu, tapi mungkin sesiapa yang membaca artikel ini tergerak untuk bawa keluarga cuba sukan dakian pada musim cuti ini?

Mana tahu, suatu hari nanti boleh jadi sehebat Eunice Wong, atlet cilik sukan dakian negara. 

Untuk rekod, Eunice bakal membuat penampilan sulung di peringkat antarabangsa menerusi IFSC Asian Kids Championship yang bakal dianjurkan di Pimpri Chinchwad, India pada November depan.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video