Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Murray sahkan penampilan dalam Wimbledon

andy-murray.jpg
Andy Murray bakal membuat penampilan semula dalam Wimbledon selepas mengumumkan bakal kembali beraksi dalam acara beregu di Kelab Seluruh England.

Pemain itu kembali ke gelanggang daripada pembedahan pelapisan pinggul untuk bergandingan dengan Feliciano Lopez menewaskan pilihan utama dari Colombia, Juan Sebastian Cabal dan Robert Farah, dalam Kejohanan Kelab Queen.

Mengesahkan penampilannya dalam saingan Wimbledon, Murray mengambil keputusan untuk bergandingan dengan pemain kelahiran Perancis, Pierre-Hugues Herbert, yang telah menjuarai setiap grand slam acara beregu lelaki.

Terdapat perbincangan mengenai Murray akan berganding bahu dengan abangnya, Jamie Murray.

Pakar acara beregu, Jamie, mencadangkan beraksi bersama Andy mampu menwujudkan semangat yang kuat, sekali gus meningkatkan peluang untuk mereka merangkul gelaran. 

Kombinasi Murray-Herbert telah diumumkan Andy Murray di Kelab Queen, di mana pemenang dua kali acara perseorangan Wimbledon itu turut membuka peluang beraksi dalam acara beregu campuran.

Minggu depan dia akan beraksi bersama wakil Brazil, Marcelo Melo di Eastbourne, sebelum mengalihkan tumpuan kepada Wimbledon.

Tahun lalu, Murray menarik diri daripada grand slam gelanggang rumput itu kerana masalah pinggul dan kecederaannya itu hampir mengakhiri kariernya.

Advertisement

Must Watch Video