Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dilanda krisis apabila ketua jurulatih, Zainal Abas, dilaporkan meletak jawatan sementara calon pengganti, Harun Rasheed, tidak boleh melibatkan diri kerana masih lagi digantung ekoran isu doping.
Timbalan Presiden KOM, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, dilaporkan telah mengambil alih peranan berkenaan sejak bulan lalu.
Zainal, yang dilantik pada 2015, terpaksa meninggalkan KOM berikutan terikat dengan tugasnya di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Situasi itu memaksa Mumtaz untuk bertindak sebagai penyelaras kejurulatihan KOM dalam memantau pelan latihan dan kejohanan yang dikemukakan lapan pengendali kebangsaan.
"Jadual Zainal semakin sibuk, tambahan pula dia sudah dinaikkan pangkat, itu yang dimaklumkan kepada saya.
"KOM minta saya bantu kerana untuk mencari seorang ketua jurulatih bukannya senang, banyak aspek perlu diteliti.
"Buat sementara waktu, KOM minta saya bantu atas dasar pengalaman yang ada," jelasnya.
Pencapaian terbaik Zainal adalah ketika memacu kebangkitan skuad olahraga daripada tiga pingat emas dalam Sukan SEA Singapura 2015 kepada lapan emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
"Tugas ini bukannya susah, sebarang masalah yang dihadapi barisan jurulatih akan diajukan kepada ketua jurulatih.
"Selain itu, ketua jurulatih juga perlu memastikan semua program berjalan dengan baik serta menjaga kebajikan atlet," kata Mumtaz lagi.
Zainal, 52, merupakan jurulatih kelahiran Kuala Lumpur yang mempunyai sijil peringkat 3 Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) dan pernah bertindak selaku bekas pengarah bahagian pembangunan sukan dan seni Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dari tahun 1996 hingga 2015.
Dia juga pernah bersama persatuan olahraga Kuala Lumpur dan Johor.
Dalam masa sama, Penolong Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar, menjelaskan pelantikan Harun itu tidak dibenarkan.
"Beliau harus menamatkan tempoh penggantungan sehingga 2021.
"Saya sudah menjelaskan kepadanya dan beliau memahaminya cuma mungkin KOM tidak perasaan tentang hal ini.
"Apapun, beliau boleh membuat rayuan," katanya.
Tambah Nishel, KOM berdepan tindakan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dan IAAF sekiranya meneruskan usaha itu
"KOM boleh dikenakan penggantungan selain atlet tidak dibenarkan menyertai kejohanan.
"Maka eloklah rayuan penggantungan Harun dilakukan terlebih dahulu," katanya.