Sejarah baru tercipta buat Malaysia apabila kapten kem muay thai negara, Mohd Wassof Rumijam, menyumbang pingat emas pertama negara dalam Kejohanan Muaythai Asia (IFMA) 2025 di Vietnam semalam.
Perlawanan akhir kejohanan bagi kategori lelaki elit 54 kilogram menyaksikan jaguh berusia 21 tahun itu mudah mengatasi lawannya dari Kazakhstan, Abdu Rakhman Abishev, dengan kemenangan bersih 3-0.
Meskipun terpaksa bertanding bagi kategori berat yang bukan berat asalnya, Wassof membuktikan bahawa dia tidak mengalami sebarang masalah untuk menampilkan aksi bertenaga sepanjang kejohanan terutama di peringkat akhir.
Sebelum melangkah ke final, atlet berasal dari Kuala Lumpur itu memperoleh kemenangan percuma dalam suku akhir, seterusnya dengan menumpaskan lawan dari Filipina.
"Saya menang kiraan mata 3-0 dalam aksi final selepas menguasai tiga pusingan.
"Selepas selesai pusingan pertama dan kedua, jurulatih berkata saya sudah hampir pasti menang jadi saya bermain dengan selamat dalam pusingan terakhir.
"Saya bangga sebab dapat capai apa yang dihajati.
"Saya memang berharap untuk memenangi pingat emas ini," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.