Tiga atlet muay negara mara ke final selepas menewaskan lawan masing-masing dalam Sukan SEA Ke-29 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.
Tengku Sharizal Mohd Noor Azam semakin hampir untuk menggondol pingat emas apabila menewaskan Nguyen Van Yen dari Vietnam 30-27 dalam kategori 67kg.
Sementara itu, dalam saingan separuh akhir kategori 57kg, Ain Kamarrudin mengalahkan Lao Chetra dari Kemboja dengan kelebihan tipis 29-28.
Seorang lagi atlet negara, Muhammad Ali Yaakub, juga tidak mempunyai masalah untuk mara ke pertarungan akhir apabila mengalahkan Van Voeurn 30-27 dalam kategori 54kg.
Bagaimanapun, Muhamad Samsi Mohd Noor, tunduk kepada Meun Sophea dari Kemboja, sekaligus gagal ke final kategori 71kg.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.